IPD Kuching pantau Pusat Beli-Belah
KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching mengadakan pemantauan di Pusat Beli-Belah di bandaraya Kuching bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini
Antara lokasi lawatan pemantauan ialah di Viva Shopping Mall , The Spring , Kuching Sentral dan Saradise BDC bagi melihat sendiri persiapan, perlaksanaan serta kepatuhan kepada arahan SOP PKPB ke atas pihak pusat membeli belah dan pengunjung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata,ini ekoran daripada pengumuman oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) telah membenarkan pembukaan sektor ekonomi mulai semalam.
"Bagi memastikan SOP yang telah dikeluarkan dilaksanakan dan dipatuhi terutama oleh pihak Pusat Membeli- Belah dan para pengunjung maka IPD Kuching telah menubuhkan 12 team pemantau diketuai seorang pegawai kanan yang mana setiap satu team terdiri daripada enam hingga tujuh anggota yang ahlinya terdiri daripada polis, ATM, APM, Rela dan PBT,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tugasan mereka setiap hari
terutama masa puncak daripada pagi ke tengah malam akan menjalankan tugasan pemantauan di lokasi tumpuan masyarakat terutama pusat beli-belah, kedai-kedai jualan, kedai makan serta pelbagai sektor lain yang dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi.
"Mereka juga menasihati pekedai dan pengunjung patuhi penjarakan sosial dengan mengguna pelitup muka, guna sanitizer yang disediakan bagi mengelak
gejala penyebaran penyakit COVID-19 tidak berlaku,"ujarnya.
Katanya,kepentingan menjarakkan diri dan menggunakan topeng perlu dihebahkan dari semasa ke semasa.
"Kemasukan pelanggan juga perlu dihadkan mengikut giliran, sediakan penyukat suhu badan dan sanitizer yang mencukupi bagi kegunaan pelanggan,"jelasnya.