Dibenar keluar 7 pagi hingga 10 malam
KUCHING: Orang ramai dibenarkan keluar antara jam 7 pagi hingga 10 malam selaras dengan pembukaan sektor ekonomi di Sarawak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Timnbalan Ketua Menterui merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat kekeliruan di kalangan orang awam yang beranggapan mereka hanya dibenarkan keluar antara jam 7 pagi sehingga 7 malam mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Beliau berkata, perbincangan telah diadakan mengenai kekeliruan berkenaan dalam jawatankuasa sebelum ini memandangkan menurut SOP persekutuan, ia mempunyai waktu operasi berbeza bagi pelbagai aktiviti ekonomi.
“Oleh itu, JPBNS memutuskan hanya mengguna satu waktu operasi sahaja untuk semua sektor iaitu antara 7 pagi hingga 10 malam dan orang ramai dibenarkan keluar tetapi hanya bila perlu sahaja,” ujar beliau pada sidang media hari ini