Treler bawa kenderaan ke Bintulu kemalangan Jalan Betong/Sarikei


SARATOK: Sebuah treler yang membawa muatan kenderaan yang dalam perjalanan dari bandaraya Kuching ke Bintulu kemalangan kendiri di Kilometer 52 Jalan Betong/Sarikei, di sini, tengah hari ini.

Bagaimanapun, pemandu berusia 49 tahun beralamat di  Muara Tuang Park, Jalan Mohd Musa, Kota Samarahan, bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin berkata, ketika kejadian treler berkenaan membawa muatan tujuh kenderaan baru dan dua terpakai. 
 "Semasa melalui jalan lencongan telah hilang kawalan ke kiri jalan melanggar kon konkrit (benteng jalan) lalu terbabas di cerun jalan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, treler dan kenderaan yang mengalami kerosakan berjaya diangkat naik pada jam 3.30 petang.
LihatTutupKomentar
Cancel