Kastam rampas rokok seludup di Lundu
KUCHING:Sindiket penyeludupan rokok yang menjadikan kediaman terpencil sebagai stor penyimpanan rokok dianggarkan bernilai RM168,731.20 termasuk
cukai di daerah Lundu ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.
Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,
Bahagian
Penguatkuasaan JKDM, Ibu Pejabat Kuching melakukan penjejakan dan intipan sejak seminggu lalu sebelum serbuan dilakukan di sebuah kediaman terpencil di kawasan itu jam 2.45 petang semalam.
Menurutnya,sebanyak 9,370 katun rokok putih dan kretek bersamaan 187,400 batang telah disita.
"Barangan kes disita dan dibawa ke stor Penguatkuasaan Demak Laut untuk simpan selamat dan siasatan lanjut.
"Seorang lelaki yang disyaki pemilik rumah terbabit
juga ditangkap dalam serbuan iti untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, rokok terbabit
dipercayai disimpan untuk dijual ke pasaran tempatan di sekitar
daerah Bau, Lundu dan Sematan.
"Rokok pelbagai jenama tersebut dipercayai stok
bekalan yang baru sampai untuk pasaran dan memenuhi pemintaan sempena perayaan Gawai Dayak yang akan disambut tidak lama lagi,"ujarnya.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.