Kebenaran polis untuk pergerakan antara daerah di Sarawak, KKM


KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan hanya individu yang mendapat kebenaran polis sahaja dibenarkan bergerak dari suatu daerah ke suatu daerah yang Iain dalam Negeri Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Hisham Abdullah berkata, arahan tersebut dl bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 5) (2020) [P.U.(A) 136/2020].

"Tiada seorang pun boleh bergerak dari suatu daerah ke suatu daerah yang Iain dalam Negeri Sarawak kecuali orang itu telah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan rumahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Menurutnya, ini bermakna semua prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di bawah PKPB akan berkuat kuasa sehingga tarikh berkenaan.

"Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen, hari ini.

Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB bagi menggantikan PKP yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini.

PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 Mei hingga 12 Mei ini membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), selain orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.
LihatTutupKomentar
Cancel