Mahathir dan Mukhriz bakal dipecat?

KUALA LUMPUR - Mesyuarat majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang dijadualkan esok dijangka akan membincangkan kemungkinan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malay Mail melihat notis untuk mesyuarat yang dikeluarkan oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya yang menyenaraikan presiden parti itu, dua naib presiden, ketua sayap pemuda dan wanita, dan anggota majlis tertinggi lain sebagai jemputan.

Pengerusi dan Timbalan presiden tidak kelihatan dalam senarai.

Mukhriz, yang kini menjadi timbalan presiden Bersatu, dan Dr Mahathir, yang merupakan Pengerusi Bersatu, memainkan peranan penting dalam pembentukan Bersatu pada tahun 2016 dengan tujuan untuk menggantikan Umno sebagai parti pilihan orang Melayu dan Bumiputera.
LihatTutupKomentar
Cancel