Kedai jual peralatan memancing di Kota Sentosa dipecah masuk


KUCHING: Pemilik kedai menjual peralatan memancing di Pusat Komersil Kota Sentosa,di sini, kerugian RM 35,000 setelah premisnya dipecah masuk.

Kejadian itu hanya disedari pemilik kedai berkenaan ketika hendak memulakan operasi jam 9 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, antara barangan yang dilarikan ialah peralatan memancing dan wang tunai.

"Suspek memasuki kedai  dengan memecahkan dinding kedai menggunakan alat penebuk lubang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kali terakhir pemilik kedai menutup kedainya adalah pada jam 5 petang hari sebelumnya.

"Siasatan lanjut dijalankan di lokasi kejadian oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel