Lima kelab taekwondo terima sumbangan


KUCHING: Wabak COVID-19 memberi kesan kepada aktiviti taekwondo di Sarawak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang disambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) masa ini.

Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) telah bersetuju untuk mengurangkan beban kewangan kelab yang sentiasa menyumbang pingat kepada Sarawak dan Malaysia.

Ditemani oleh Pengerusi Teknikal Negeri dan Ketua Jurulatih Negerinya Grandmaster Tan Check Joon, Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF)  Azizul Annuar Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem menyampaikan cek subsidi kepada lima kelab gabungannya iaitu Kelab Taekwondo Seni Mempertahankan Diri Kuching (WTF), Kelab Taekwondo Rajang (WTF), Kelab Taekwondo Sri Sibu (WTF) Kelab Taekwondo Smart (WTF) dan Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang (WTF) yang sentiasa menyumbang pingat di pelbagai Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga telah menyumbang atlet yang membawa kejayaan bagi Malaysia di Sukan Sea, Sukan Asia dan Kejohanan Taekwondo Dunia, ketika melawat ke Pejabat Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) di Petra Jaya.

Azizul berkata,ini untuk menunjukkan sokongan dan bantuan persatuan negeri kepada kelab gabungan mereka untuk menampung sebahagian kecil perbelanjaannya untuk tenaga pengajar, atlet, kakitangan pejabat, sewa pusat latihan, dan lain-lain dalam masa sukar ini.
LihatTutupKomentar
Cancel