Ketua Menteri terima kunjungan hormat Dr. Azhar
KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Azhar Ahmad di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini, pagi tadi.
Kunjungan berkenaan adalah bersempena tamatnya tempoh perkhidmatan Pengarah Pendidikan tersebut setelah berkhidmat selama setahun setengah di Sarawak iaitu sejak tahun 2018.
Beliau akan berpindah ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya.
Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Sarawak, Omar Mahli.