Pustaka Sibu anjur ceramah motivasi

KUCHING:Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan mengadakan Ceramah Motivasi bertajuk Belajar Dari Rumah: Persediaan Normal Baharu yang akan diadakan secara langsung melalui facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak @pustaka.sarawak pada 18 Mei 2020 (Isnin), jam 2.30 petang.

Unit Komunikasi,Bahagian Pengurusan Korporat,Pustaka Negeri Sarawak,Sibu,Sofea Sharif berkata,wabak pandemik COVID- 19 yang melanda masa kini akan menjadikan setiap pekerjaan atau tugasan serta kehidupan berubah kepada gaya atau sesuatu keadaan norma dan normal yang baharu. 

"Perhubungan sosial hari ini harus mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa sebagai contoh menjaga jarak di antara satu sama lain, bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid 19,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,belajar tanpa guru yang mengajar di hadapan atau dalam erti kata lain belajar dari rumah secara atas talian mungkin sesuatu yang baharu bagi pelajar atau mungkin juga akan timbul masalah, namun ia adalah realiti yang harus ditempuhi seperti talian internet lambat,tiada peralatan komputer/gajet yang sesuai,
gangguan persekitaran,kurang tumpuan dan cepat bosan.

"Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh Cikgu Ahmad Faizal Osman atau dikenali sebagai Cikgu Emmet. Beliau merupakan seorang guru, penulis dan pakar motivasi,"ujarnya.

Katanya,pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah adalah dialu-alukan untuk mengikuti ceramah ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan ceramah ini, sila hubungi Muhamad Ali (muhamaaw@sarawak.gov.my) atau Mas Azreena (masazreena@sarawak.gov.my) atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak di www.pustaka-sarawak.com
LihatTutupKomentar
Cancel