Bekalan makanan di Limbang, Lawas mencukupi -Tengah
LIMBANG: Masyarakat di Limbang dan Lawas tidak perlu bimbang kerana stok bekalan makanan untuk kawasan itu adalah mencukupi.
Timbalan Ketua Menteri,Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata,stok keperluan asas seperti beras,telur ayam,ayam daging, minyak masak,tepung gandum,gula dan sebagainya cukup untuk tempoh tiga bulan lagi.
"Jadi tidak timbul isu bekalan makanan tidak mencukupi menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai tidak lama lagi.
"Kita memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bekalan makanan adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu bimbang,"katanya di Program Lawatan Pemborong di Jalan Kubong,di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Makanan Sarawak berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Linbang sentiasa memantau premis perniagaan untuk memastikan barangan keperluan si luar bandar dan pedalaman mencukupi.
"Sejak 1 Januari hingga 13 Mei tahun KPDNHEP Limbang melaksanakan pemeriksaan sebanyak 2,206 premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar yang telah menghasilkan keseluruhan sebanyak 31 kes dengan nilai rampasan RM 1.4 juta dan nilai kompaun RM 3,250," ujarnya.
Beliau berkata,sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 18 Mac hingga 23 Mei lalu,KPDNHEP Limbang merekodkan sebanyak dua kes dengan nilai rampasan sebanyak RM 567.90 dan nilai kompaun sebanyak RM 2,000.
"KPDNHEP Limbang tidak akan berkrompomi dengan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dalam tempoh pelaksanaan PKPB dan menyiasat semua aduan yang dikemukakan pengguna," tegasnya.