KM terima kunjungan perpisahan Konsulat Agung Brunei

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang menerima kunjungan perpisahan daripada Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam, Pengiran Krtini Pengiran Tahir di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Kunjungan bersempena tamatnya perkhidmatan Konsul Agung tersebut setelah empat tahun berkhidmat di Sarawak. 

Turut mengiringi Krtini adalah konsul baharu iaitu Konsul Mohamad Kamaluddin dan Timbalan Konsul (Komunikasi), Muhammad Ghazalle Abdul Latif.
LihatTutupKomentar
Cancel