Pejabat Pendaftaran Tanah beroperasi hari ini

KUCHING: Pejabat Pendaftaran Tanah di setiap Bahagian di Sarawak mula beroperasi seperti biasa, bermula hari ini.

Unit Perhubungan Awam Jabatan Tanah dan Ukur Ibu Pejabat Sarawak dalam kenyataan berkata, setiap tugas dan perkhidmatan yang dijalankan adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Perkhidmatan Awam Negeri.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengoptimumkan jumlah pekerja yang bertugas dalam setiap hari mengikut waktu kerja yang fleksibel serta mengikut giliran.

“Langkah ini adalah berdasarkan keadaan dan lokasi jabatan serta untuk menjamin keselamatan kakitangan yang bertugas,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kapasiti kehadiran penjawat awam tidak melebihi 50 peratus kakitangan di pejabat.

Selain itu, arahan penjarakan sosial antara satu sama lain dipatuhi untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian.

Orang ramai juga digalak membuat pembelian produk melalui platform dalam talian eLASIS di (https://elasis.sarawak.gov.my/) dan mLASIS yang dapat di muat turun di Google Play dan App Store secara  percuma sebagai penyedia perkhidmatan web.
LihatTutupKomentar
Cancel