Hampir 3,000 pelajar sudah pulang

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak mengesahkan hampir hampir 3,000 pelajar telah dihantar pulang setakat ini.

Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pihaknya akan menguruskan penghantaran pulang pelajar dengan melibatkan beberapa jumlah kumpulan pelajar yang besar dalam minggu ini.

"Unimas akan sentiasa memastikan proses tersebut berjalan megikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat supaya para pelajar tiba dengan selamat di kampung masing-masing," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, seramai 622 pelajar dari Semenanjung (Johor, Alor Setar, Terengganu dan Pulau Pinang) dihantar pulang semalam.

Menurutnya, mereka merupakan sebahagian dari pelajar yang terkandas di dalam kampus IPT masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

"Pelajar yang dihantar pulang iaitu 152 pelajar dari Johor Bahru, Pulau Pinang (154 pelajar), Alor Setar (157 pelajar) dan Terengganu (159 pelajar).

Menurutnya, pihaknya juga bertindak sebagai koordinator untuk menyelaraskan pengangkutan bagi program menghantar pulang pelajar-pelajar IPT Zon Sarawak ke bahagian-bahagian dalam Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Katanya, pelajar yang dihantar pulang dikehendaki menjalani saringan kesihatan pada hari sebelum dan pada hari kejadian bagi memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik sebelum dibenarkan pulang.
LihatTutupKomentar
Cancel