Lelaki dicekup bersama 800 liter diesel 'haram' di Jalan Tun Husein Onn


BINTULU - Seorang lelaki dicekup bersama 800 liter diesel dalam Op Covid 19 (Landai/PKPB 5) oleh Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu di Jalan KM 10, Jalan Tun Husein Onn, Bintulu-Sibu kelmarin.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Shamsol Kassim berkata, pasukannya telah menahan dan memeriksa pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaili lelaki berusia 40 tahun berkenaan sekitar pukul 12 tengah hari.
Katanya, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen kebenaran memiliki atau menyimpan barang kawalan tanpa permit/lesen. Tiada juga kebenaran khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Dia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDNHEP) - memiliki barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.
"Nilai rampasan 800 liter diesel itu sebanyak RM1,160 dan 4x4 (RM90,000)dengan jumlah rampasan keseluruhan RM91,160," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, laporan polis telah dibuat dan kes dirujuk serta diserahkan kepada KPDNHEP Bahagian Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

LihatTutupKomentar
Cancel