Mawan minta komuniti Dayak patuhi SOP ditetapkan JPBN

KUCHING: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak(SDNU) meminta komuniti Dayak mematuhi arahan dan Prosedur 
Operasi Standard(SOP) yang ditetapkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semasa meraikan Gawai tahun ini ketika kebimbangan dunia penularan wabak COVID-19.

Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pihaknya sependapat dengan arahan JPBN supaya Gawai hanya diraikan hanya sehari.

"Kita juga setuju dengan penghedan kehadiran dihadkan kepada ahli keluarga terdekat yang jumlahnya tidak lebih dari 20 orang dalam satu masa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut,katanya,terdapat juga orang ramai yang berhasrat mahu balik ke kampung menjelang perayaan Gawai.

"Namun, perjalanan antara daerah di Sarawak hanya dibenarkan dengan kebenaran daripada pihak polis.

"Untuk keselamatan dan kesihatan keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan, kita harus mengurangkan aktiviti perayaan Gawai yang biasa sebelum ini,"ujarnya.

Katanya,bagi mereka yang mempunyai rangkaian internet yang lebih baik, mereka dapat menggunakan panggilan video untuk berkomunikasi dengan keluarga dan saudara-mara.

"Bagi yang beragama Kristian merayakan Gawai, mereka dinasihatkan untuk berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakan sosial ketika melakukan solat Hawa Gawai dan selalu memakai topeng muka dan membersihkan diri serta mencuci tangan dengan kerap,"tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel