Milton Foo minta Chieng Jen cermin diri

KUCHING: Setiausaha Agung Ketua Pemuda SUPP, Milton Foo menasihatkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen cermin diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. 

Beliau mempersoalkan apa yang dilakukan Chong dalam membendung kenaikan harga barang sepanjang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Sama ada dia menjalankan tugas dengan baik ketika menjadi timbalan menteri KPDNHEP ketika itu, jawapannya terang dan jelas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bersama bekas Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail dan Chong Chieng Jen meminta Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berpegang teguh pada dasar kawalan harga kerajaan terdahulu dan menuduh kerajaan sekarang lambat bertindak dan tidak dapat mengawal kenaikan harga dengan baik. 

Milton dalam kenyataan media berkata, dia pernah mencabar Chieng Jen pada tahun lalu iaitu pada 22 Januari dan 29 Januari dan tahun 2018 melalui media untuk mendedahkan harga barang yang menurutnya turun 70 peratus. 

Katanya, Chieng Jen perah dicabar mengadakan beli-belah bersama pengguna untuk membeli barangan yang lebih murah di bandar. 

Pada 17 Oktober 2018, Chieng Jen berkata harga barang telah turun 70 peratus kerana pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

"Chieng Jen selanjutnya berkata bahawa secara keseluruhan, 70 peratus atau harga 291 barangan (dari 417 baranagan isi rumah yang disurvei) dikurangkan, ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat.

"Saya pernah menuntut Chieng Jen untuk mendedahkan senarai barang yang telah turun harga dan dia menyahut cabaran saya dengan mengeluarkan senarai harga barang lebih murah.

"Saya dapati harganya tidak sesuai dan berbeza dengan yang dihasilkan oleh peruncit dan peniaga," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel