5,610 pemohon pergerakan antara daerah ditolak


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 66,514 permohonan pergerakan antara Daerah diterima melalui 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak. 
 
Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 60,904 telah diluluskan dan 5,610 ditolak. 

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pasukan pemantau telah memantau sebanyak 1,808 lokasi iaitu Pasaraya (218), Restoran (290), Kilang (18), Bank (128), Pejabat Kerajaan (62), 
Penjaja (171), Pasar Tani / Awam (98), Tempat Ibadah (127), Tempat 
Riadah (64), Tapak Pembinaan (18) dan lain-lain (614).

Sehingga hari ini sebanyak 30,922 pemberitahuan sektor ekonomi yang 
telah dibuka diterima.

"Daripada jumlah tersebut, 22,372 adalah melalui atas talian dan 8,550 melalui email," katanya dalam kenyataan media hari ini.


LihatTutupKomentar
Cancel