Polis periksa 12 rumah hari ini
KUCHING: Polis Padawan telah melakukan pemeriksaan sebanyak 12 buah rumah pada hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bin Bolhassan berkata, kesemuanya didapati mematuhi SOP PKPB dan tidak berlaku sebarang tindakan rentas sempadan balik kampung sambut Hari raya secara menyalahi PKPB.
"Kami telah membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah, Operasi Pematuhan PKPB sempena hari perayaan.
"Pemeriksaan telah diadakan mulai hari pertama Aidilfitri hingga hari ini melalui 4 pasukan Pemantau Pematuhan PKPB dan telah membuat pemeriksaan ke atas 49 buah rumah," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Aidil menyeru agar semua masyarakat umum terus memberi kerjasama dalam membantu PDRM bagi membentung wabak Covid 19.
Beliau juga memohon agar semua lapisan masyarakat menyimpan sikap rasa bertanggongjawab dan sayangilah diri sendiri, keluarga serta masyarakat sekeliling.
"Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat umum yang memberi kerjasama," katanya.