Notis gangguan bekalan air di Matang, Kuching


Gangguan bekalan air kawasan Matang 
 Bekalan air di beberapa kawasan dijangka mengalami gangguan hari ini dari jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi esok.

Lembaga Air Kuching dalam kenyataan berkata gangguan itu berlaku kerana ada kerja-kerja penyambungan paip utama di Batu 8 Jalan Matang.

Antara kawasan yang terjejas ialahTaman Palma Indah, Taman Sri Harmoni, Taman Matang Ville, Taman Sonia, Taman Orcidwood, Taman Sri Jaya dan kawasan sekitarnya.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sedia maklum dan menyimpan air terlebih dahulu.
LihatTutupKomentar

1 Komentar

Cancel