Orang buangan PKR dijenamakan semula?
*PENUBUHAN PENGGERAK KOMUNITI NEGARA WILAYAH SARAWAK*
1. Penggerak Komuniti Negara (PKN) dimulakan pada tahun 2018 dengan mengumpul pelbagai NGO dan digabungkan di bawah satu payung besar yang lebih strategik dann berfokus.
2. Fokus utama Penggerak Komuniti Negara (PKN) sebagai sebuah NGO adalah bagi membangunkan aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan pengukuhan jati diri yang padu dalam kalangan masyarakat.
3. Secara rasminya, ia selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang telah dilancarkan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada 17 Februari 2019.
4. Setakat ini, sebanyak 198 Jawatankuasa Parlimen Penggerak Komuniti Negara (PKN) telah ditubuhkan di seluruh negara dan ianya berdasarkan kawasan Parlimen.
5. Keahlian PKN setakat ini hampir mencecah tiga ratus ribu ahli di seluruh negara.
6. Matlamat dan fokus asal PKN dari awal adalah untuk membantu golongan yang kurang berpendapatan seperti golongan B40, Miskin Bandar dan juga kumpulan sasar yang termaktub di dalam Dasar Komuniti Negara.
7. Seperti negeri - negeri lain juga, kita di Sarawak tidak ketinggalan dan setakat ini kita telah berjaya menubuhkan 16 Jawatankuasa Parlimen PKN iaitu Petra Jaya, Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Stampin, Miri, Lubok Antu, Bintulu, Tanjong Manis, Kapit, Sarikei, Betong, Puncak Borneo, Saratok, Sibu dan Igan.
8. Sebanyak 15 Jawatankuasa Parlimen lagi akan kita tubuhkan dalam masa yang terdekat. Dilampirkan di bawah adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa untuk Wilayah Sarawak.
*Leslley Kalom*
*Ketua Penerangan* *Penggerak Komuniti Negara Wilayah Sarawak*