Parti Sarawak Bersatu kini pembangkang

KUCHING: Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, Parti Sarawak Bersatu (PSB) menjadi pembangkang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung esok.

Menurutnya, ia ekoran Presiden PBS Datuk Seri Wong Soon Koh kini tidak lagi di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pra majlis sempena persidangan DUN di Kompleks DUN hari ini.

Jelasnya, berlakunya perubahan tempat duduk dalam Ahli Yang Berhormat di DUN ekoran kedudukan PSB tidak lagi dalam kerajaan.

"Dua bekas ahli PKR rapat dengan PSB dan boleh menjadikan ahli dewan PSB bertambah dari empat kepada enam. Ini ekoran tiga Adun PKR telah dipecat daripada parti," katanya.

Beliau menambah, seorang lagi menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional tanpa menyertai GPS di peringkat negeri.

Bagi kerusi DAP pula, mengalami kekurangan satu kerusi ekoran pelucutan Adun Pujut Dr. Ting Tiong Choon, sekali gus menjadikan Parti Tindakan Demokratik (DAP) kekurangan satu kerusi menjadi enam kerusi.
LihatTutupKomentar
Cancel