PKP Bersyarat dilanjut hingga 9 Jun

KUCHING: Sarawak membenarkan sektor ekonomi dibenarkan dibuka dan beroperasi dakam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Timbakan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, pihaknya telah mengarahkan semua Residen untuk mempertingkatkan dan 
memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan semua sektor 
ekonomi yang akan dibuka pada 12 Mei nanti.

"Sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, di
mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, Kerajaan Negeri bersetuju untuk
mengikuti apa yang telah diumumkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Pasukan Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini telah diadakan di bahagian masing-masing yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan dianggotai semua agensi penguatkuasaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA. 

Uggah semalam berkata, arahan baru untuk membuka aktiviti sektor ekonomi ini akan memberi kelegaan kepada rakyat yang terjejas punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. 

“Garis panduan prosedur standard operasi (SOP) pengoperasian telah disediakan dan sedang dimaklumkan kepada semua pihak yang terlibat. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuka semula aktiviti-aktiviti ekonomi hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.

“Kedua-dua aspek kesihatan dan ekonomi diambil kira dalam membuat keputusan ini demi kepentingan semua pihak. Oleh itu garis panduan SOP pengoperasian sektor ekonomi yang ketat telah disediakan bagi memastikan langkah-langkah pematuhan dan pencegahan dipatuhi,” ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel