Pelajar IPT wajib tunggu keputusan saringan sebelum balik
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana hari ini telah membuat beberapa keputusan ekoran kluster baharu iaitu kluster IPT di luar Sarawak yang telah dilaporkan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, JPBN mengambil langkah berjaga-jaga hari ini dengan memutuskan untuk semua yang tiba dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan diambil sampel setibanya mereka di Sarawak.
Menurutnya, mereka akan disaring dan ditempatkan di hotel sehingga keputusan sampel diperolehi.
"Sekiranya keputusan sampel mereka adalah negatif, barulah mereka akan dibenarkan pulang dan akan dipasangkan “Wristband” seterunya menyambung kuarantin di Rumah," katanya.
Sementara itu, bagi semua penjawat awam yang berada di Semenanjung, Sabah dan Labuan yang balik ke Sarawak untuk bertugas, mereka dikehendaki untuk menjalani ujian (PCR) dalam tempoh tig hari sebelum memulakan perjalanan ke Sarawak.
"Jika keputusan sampel adalah negatif, barulahmereka dibenarkan masuk ke Sarawak," katanya.