Pintu terbuka untuk Ranum Mina



KUCHING: Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Michael Manyin Jawong  berkata, pintu masih terbuka kepada Adun Opar, Ranum Mina untuk menyertai GPS mempertahankan kerusi itu pada PRN12 nanti.

Manyin yang juga juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi berkata, pihaknya akan mencari calon baharu untuk bertanding kawsaan Opar jika Ranum enggan menyertai GPS.

"Tujuh daripada lapan kerusi majoriti Bidayuh adalah disandang oleh wakil dari GPS kecuali Opar yang kini disandang Ranum dari PSB," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengumumkan Datuk Ranum Mina akan bertanding di kerusi DUN Opar pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang dijadualkan berlangsung selewat-lewatnya 2021.

Pengumuman penuh bersejarah itu dibuat oleh Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh. Ranum merupakan penyandang DUN Opar yang sebelum ini di bawah tiket UPP.
LihatTutupKomentar

1 Komentar

  • Legakrimen May 28, 2020 at 10:01 AM
    Kami di DUN N 1 Opar tidak mahu Ranum lagi. Banyak lagi calon Dari SUPP GPS yang berkeliber Dan mempunyai pendidikan yg tunggu seperti Pengerusi SUPP Cawangan N 1 Opar saudara Niponi anak Undek
Cancel