PKR semakin goyah, penganalisa politik
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilihat sebagai dahan rapuh dalam Pakatan Harapan (PH) dan ada kemungkinan lebih banyak pembelotan dari parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Penganalis James Chin dari Institut Asia of Tasmania berkata, pendaftaran rasmi PN sebagai entiti politik akan menjadi faktor penentu utama jika a ditubuhkan sebagai gabungan tunggal pada pilihan raya umum akan datang.
“Sekiranya PN didaftarkan sebagai gabungan - dan saya fikir mereka akan lakukan - ini membolehkan semua parti termasuk Barisan Nasional (BN), berdiri di bawah simbol parti tunggal.”
“Lebih lama PN memegang kuasa, lebih mudah untuk mereka membawa masuk beberapa orang PKR,” katanya seperti dipetik FMT.
Chin berkata, kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini bersejarah dan menarik berikutan tidak pernah berlaku parti pemerintah yang memiliki ahli parlimen dari kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.
Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia percaya benih-benih perpecahan mulai kelihatan dalam blok pembangkang selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir sidang media yang diadakan Dr Mahathir Mohamad sedangkan pemimpin PH yang lain hadir.
“Alasan Anwar tidak hadir - sidang media itu bukan dianjurkan PH secara rasmi - kelihatan aneh terutama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menghadirinya.”
“Sudah terang lagi bersuluh. Pembangkang sekarang dirundung seribu masa macam isu dalaman yang belum selesai. Saya memberi amaran potensi pakatan untuk menawan kembali Putraja akan terjejas sekiranya perbezaan ini gagal diselesaikan,” kata Azmi.
Beliau menambah, perselisihan faham ini mulai berlaku sejak PH menjadikan PPBM sebagai sekutu, sinonim dengan persepsi pakatan itu tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai sebuah kerajaan.
“Pembangkang perlu mengetepikan perselisihan dalaman seumpama ini yang mana menjadi punca mereka hilang sebagai kerajaan pada mulanya.”
“Rakyat berwaspada dan mungkin mengesyaki mereka tidak mempunyai apa-apa yang diperlukan untuk memerintah negara ini,” kata Azmi kepada FMT.
Mengulas organisasi politik, Azmi berkata Barisan Nasional (BN) dilihat sebagai gabungan yang lebih stabil berbandng PN dan PH.
“PN adalah yang paling lemah kerana ahli-ahli dalam gabungan itu masing-masing mempunyai agenda berbeza berbanding dengan PH, di sebalik perselisihan dalaman mereka mempunyai agenda bersama untuk menyingkirkan BN.”
Azmi menjangkakan Muafakat Nasional, kerjasama politik antara UMNO dan PAS akan memainkan peranan lebih besar dalam masa depan politik negara berbanding BN sendiri.