PDRM tolak 5,171 permohonan


KUCHING: Sebanyak 5,171 permohonan pergerakan antara Daerah ditolak di 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, sebanyak 2,606 jumlah permohonan pergerakan antara
Daerah diterima hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,512 permohonan. 

"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 57,341 telah diluluskan dan 
5,171 ditolak," katanya dalam kenyataan media harian COVID-19 hari ini.

Uggah berkata, pasukan pemantau telah memantau sebanyak 2,248 lokasi iaitu Pasaraya (338), Restoran (387), Kilang (28), Bank (214), Pejabat Kerajaan (88), 
Penjaja (276), Pasar Tani / Awam (99), Tempat Ibadah (164), Tempat Riadah (45), Tapak Pembinaan (14) dan lain-lain (595).Sehingga hari ini sebanyak 30,490 pemberitahuan sektor ekonomi yang telah dibuka diterima.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 22,290 adalah melalui atas 
talian dan 8,200 melalui email.
LihatTutupKomentar
Cancel