170 pelajar IPT sudah pulang di Lawas

LAWAS: Seramai 44 pelajar IPT berjaya dibawa pulang ke Daerah Lawas sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri menjadikan jumlah keseluruhan 170 pelajar setakat ini.

Ia merupakan siri ke 5 penghantaran pulang pelajar-pelajar IPT menggunakan bot ekspress dari Limbang ke Lawas. 
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas telah menyediakan kaunter-kaunter bagi memudahkan penelitian surat akuan pelepasan mulai dari kampus dan juga dalam penerbangan seterusnya hingga ke kaunter penyerahan pelepasan di perkarangan Anjung Sari untuk rekod sebaik berada di Lawas. 

Kesemua mereka telah disediakan lengkap pengenalan diri serta surat pelepasan dari kampus masing-masing termasuk dipasang ‘wristband’ untuk tujuan rekod dan pemantauan pergerakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk Stay Home Notice. 
Sebaik sahaja keterangan setiap pelajar diambil mereka terus diserahkan kepada setiap keluarga yang menunggu giliran untuk membawa anak-anak mereka terus menuju ke kediaman masing-masing.
LihatTutupKomentar
Cancel