Serian berstatus Hijau, tiada kes COVID-19 hari ini
KUCHING: Daerah Serian telah bertukar status kepada Hijau setelah tiada kes dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, jumlah daerah berstatus Kuning setakat hari ini sebanyak dua buah daerah dan daerah berstatus Hijau ialah sebanyak 38 buah.
Menurutnya, Sarawak merekodkan tiada kes positif COVID-19 pada hari ini.
"Jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak adalah kekal sebanyak 545 kes," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, seramai enam kes baharu telah sembuh dan discaj dari hospital.
Katanya, daripada 6 kes tersebut, 4 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak dan dua
kes adalah dari Hospital Bintulu.
"Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19
yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 470 kes atau 86.24%.
"Seramai 68 PUI baru dilaporkan dan seramai 58 kes masih menunggu
keputusan makmal," katanya.
