Polis serbu kaki dadah hasil maklumat rakyat
KUCHING: Kerjasama antara pihak polis dan masyarakat membawa serbuan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah dan kawasan perumahan di Batu 17 Jalan Kuching/ Serian semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, selepas menerima aduan awam jam 10 pagi, dengan tindakan pantas pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND) Padawan telah membuat serbuan di kediaman terbabit.
"BSJND Padawan dengan kekuatan pegawai dan tujuh anggota telah berjaya menahan seorang perempuan dan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, hasil saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati positif Methamphetamine dan Amphetamine.
"Kedua-dua suspek kini di tahan di Balai Polis Siburan dan Balai Polis Beratok untuk sisatan selanjutnya,"ujarnya.
Aidil memohon agar semua masyarakat umum membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat dan pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Dengan kerjasama semua pihak kita pasti dapat menghapuskan penyalahgunaan dadah kerana dadah adalah punca boleh melakuakan kesalahan-kesalahan jenayah dan menghancurkan masa depan anak-anak," tegasnya.