Rampasan rokok, arak bernilai RM 2.3 juta

KUCHING:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Kuching  mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras bernilai RM 2.3 juta dalam satu penjejakan dan serbuan nekad di kawasan Perindustrian Demak Laut, di sini, tengah hari semalam.

Pengarah Kastam Sarawak, Dato' Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, sebanyak 1.770 juta batang rokok dan 26,308.80 liter bir dan likuer telah disita, jam 12.00 tengah hari. 

"Sebuah kenderaan jenis Prime Mover dan sebuah kontena berukuran 40 kaki dengan nilai anggaran kenderaan sebanyak RM 150,000 telah dirampas dan dua individu turut ditahan untuk membantu siasatan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bertindak atas satu sumber bermaklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat Kuching telah menjejak dan mengekori sebuah lori trailer yang sarat membawa muatan dalam kontena yang disyaki dagangan belum lulus 
Kastam. 
"Kontena dipercayai bergerak dari bahagian tengah atau utara Sarawak.Hasil intipan, penjejakan dan pemantauan selama tiga jam di sepanjang jalan Serian-Kuching, akhirnya pasukan berjaya memintas target tersebut di Batu 15, Jalan menuju Kota Samarahan,"ujarnya.

Katanya,tindakan berhati-hati dan kewaspadaan telah berjaya membawa 
pasukan mengekori sasaran sehingga ke sebuah premis syarikat pengangkutan yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Demak Laut.
"Barangan kes disita dan dibawa ke Stor Penguatkuasaan Demak Laut untuk simpan selamat dan siasatan lanjut.

"Pemandu dan Pengurus Gudang syarikat berkenaan turut ditahan untuk membantu 
siasatan,"katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
LihatTutupKomentar
Cancel