Rumah bekas Timbalan Menteri terbakar

KUCHING - Rumah bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dilaporkan terbakar sebentar tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 4.54 petang.

"Kebakaran membabitkan bahagian atas bangunan terbabit dan melibatkan sebuah bilik di bahagian atas yang berkeluasan 20 kaki x 30 kaki,"katanya di sini hari ini.

Katanya, terdapat lima mangsa semasa kejadian berlaku iaitu dua lelaki dan tiga wanita. 

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.18 petang dan masa ini pihak Bomba masih menjalankan kerja overhaul," ujarnya.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

LihatTutupKomentar
Cancel