Sarawak catat 4 kes positif hari ini
Kes-kes baharu ini adalah dari Daerah Kuching (1), Serian (1), Bintulu (1) dan Tanjung Manis(1).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di
Sarawak kumulatif sebanyak 549 kes.
Manakala sebanyak 3 kes telah sembuh dan discaj dari hospital.
Daripada
kes tersebut, 2 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak dan 1 kes adalah dari Hospital Sibu.
Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah sebanyak 473 kes atau 86.16%.
Seramai 132 PUI baru dilaporkan dan seramai 117 kes masih menunggu ujian makmal.
Hari ini Daerah Serian, Bintulu dan Tanjung Manis bertukar status menjadi Kuning setelah kes baru dilaporkan. Jumlah
Daerah yang berstatus Kuning setakat ini ialah lima (5) buah, manakala berstatus Hijau ialah 35 buah.