Ular lawat pengawal keselamatan sekolah

SPAOH: Penemuan seekor ular tedung selar yang 'berkunjung' ke bilik pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh menggemparkan pengawal keselamatan yang bertugas lewat tengahari tadi.

Kehadiran reptilia berbisa sepanjang kira-kira 10 kaki itu mengundang ketakutan anggota keselamatan sekolah yang bertugas pada hari tersebut.

Tidak ingin mengambil risiko kerana tiada kepakaran menghalau dan menangkap ular, beliau bertindak meminta bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong yang lebih faham selok belok menangkap sang hitam yang berbisa itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong Kapt (PA) Usman Harto yang mengesahkan berhubung kes tersebut.

"Setelah menerima laporan berhubung Penemuan ular itu, kami ke lokasi yang dimaklumkan dan mendapati seekor ular tedung selar berada di dalam bilik pengawal terbabit.

"Reptilia hitam berbisa sepanjang 10 kaki itu berjaya ditangkap oleh anggota bertugas dengan menggunakan teknik jerutan," katanya.

Dalam pada itu empat anggota APM Betong mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk menjinakkan ular terbabit sebelum bergegas balik selepas menyelesaikan tugasan.
LihatTutupKomentar

2 Komentar

Cancel