Satu kes positif hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan satu lagi kes positif selepas lapan hari berturut-turut bebas daripada COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, kes terbaharu tersebut dari Kuching yang menjadikan jumlah terkini ialah 545 kes.

Menurutnya, empat kes baharu sembuh dilaporkan iaitu tiga kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes Hospital Bintulu.

"Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang sembuh dan discaj ialah seramai 459 kes atau 84.22 peratus," katanya.

Uggah berkata, seramai 203 individu di bawah siasatan (PUI) dilaporkan dan 208 kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

Menurutnya, sebanyak 5,871 permohonan pergerakan antara daerah yang diterima di 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif 55,494. 

Katanya, daripada jumlah kumulatif itu, sebanyak 51,128 telah diluluskan dan 4,366 lagi ditolak.
LihatTutupKomentar
Cancel