Selamat Pengantin Baru - Farzilia dan Abdul Rashid

SIBU: Lazimnya pada majlis perkahwinan, pengantin akan direnjis dengan air mawar namun kali ini mereka diberikan cecair sanitasi tangan sebagai langkah keselamatan.

Kedua-dua pengantin juga tidak diraikan dengan acara tepung tawar sebaliknya diambil suhu badan.

Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu yang berkongsikan majlis perkahwinan melalui hantaran di Facebook berkata, ia adalah tatacara norma baharu bagi pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Majlis diadakan mengikut standard operasi (SOP) yang ditetapkan iaitu hanya kedua-dua pengantin dan seorang wali dibenarkan.”

“Suhu badan juga diwajibkan normal antara 36 - 39.9’C. Pengantin yang demam panas atau suhu iaitu suhu melebihi 40’C tidak dibenarkan memasuki premis kami dan dinasihatkan ke klinik segera,” katanya dalam perkongsian itu.

Selain itu, pasangan pengantin hanya dibenarkan bersanding dengan jarak satu meter.

Berikut adalah hantaran Pejabat Agama Islam Sibu yang tular sebentar tadi. 

Tatacara perkahwinan norma baharu di Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan mempelai dan didoakan semoga berbahagia di dunia dan akhirat. Amin..

Nota :
Gambar disiarkan dengan izin pengantin.

Ketibaan pengantin di lobi. Hanya pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali sahaja yg dibenarkan utk hadir semasa Majlis Akad Nikah.

Tanpa tepung tawar. Pengantin akan diperiksa suhu badan oleh pengawal keselamatan Bangunan Kompleks Islam Sarawak,Sibu.

Pengantin akan menaiki lif ke tingkat 7.

Pengantin akan mengisi Borang Permohonan Akad Nikah Khas dan mengesahkan status kesihatan sebelum upacara akad nikah dijalankan.

Ijabkabul

Demi menghargai pengorbanan pengantin yg telah lama menunggu untuk diijabkabul, sijil telah siap diproses sejurus selepas akad nikah dijalankan sebagai hadiah perkahwinan dari pihak kami. Istimewa untuk pasangan PKP kami.. Terima kasih utk pengorbanan penangguhan majlis akad nikah.

Selamat Pengantin Baru semoga bahagia sehingga ke Jannah. 

LihatTutupKomentar
Cancel