Tanah runtuh, sembilan rumah panjang di Nanga Buai Melanjan Padeh terputus hubungan

BETONG: Penduduk di sembilan buah rumah panjang Nanga Buai Melanjan, Padeh terputus hubungan apabila jalan utama ke kawasan tersebut runtuh berikutan hujan lebat malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong memberitahu, mereka menerima panggilan daripada IPD Betong pada jam 8.42 pagi.
“Tiba di lokasi didapati jalan raya utama telah runtuh sepanjang 10 kaki dan sedalam 30 kaki menyebabkan penduduk dari rumah panjang terputus hubungan.”
“Buat masa ini penduduk boleh menggunakan jalan alternatif iaitu jalan kebun dari Stesen Pertanian Betong namun ia hanya dapat dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar Ihsan BBP Betong

#betong #bbpbetong
LihatTutupKomentar
Cancel