Treler terbabas rempuh kenderaan parkir


BINTULU: Seorang lelaki tersepit dalam lori treler dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Kampung Baru Jepak, Bintulu petang tadi.


Maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu mereka menerima laporan pada jam 6.33 petang.


“Semasa tiba di lokasi, terdapat seorang mangsa masih tersepit dalam lori treler. "



Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.”

“Mangsa yang mengalami kecederaan, patah paha kiri dan cedera tangan kanan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

LihatTutupKomentar
Cancel