4WD terbalik di atas jejambat


KUCHING: Pacuan empat roda (4WD) Isuzu Dmax terbalik selepas dilanggar dari belakang sebuah kereta di jejambat Jalan Tun Abdul Razak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, 4WD yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun itu berhenti di lorong kiri jalan di atas jejambat terbabit kerana mengalami kerosakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu, kereta Proton Pesona yang  dipandu seorang wanita tidak sempat menekan brek dan menggelak melanggar 4WD terbabit.

"Akibat rempuhan itu 4WD berkenaan terbalik ke tengah jalan.

"Kemalangan ini adalah berpunca daripada kecuaian pemandu 4WD,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semasa kejadian pemandu 4WD memandu seorang diri  dari arah Kenyalang Park menuju ke arah Lapangan Terbang Kuching.

"Pemandu 4WD tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu kereta  yang lebam di kaki telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS)  untuk mendapatkan rawatan,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN/166b (Meletak kenderaan menyebabkan halangan yang tidak dikehendaki kepada lalulintas).



Ikuti berita kami di Channel Telegram Gago Daily 

LihatTutupKomentar
Cancel