Lelaki hilang di kebun ditemui di Long Kabong petang tadi
BARAM: Seorang lelaki yang hilang ketika memeriksa jerat binatang dipasang di hutan belakang rumah kebun di Sungai Besanan, Sungai Tutoh Mulu, di sini, Ahad lalu ditemui selamat petang tadi.
Robin ak Bantan, 51, beralamat di Rumah 1, Kuala Medalam, Limbang, ditemui dalam keadaan lemah oleh dua
orang pekebun di Long Kabong pada 6.06 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pasukan mencari dan menyelamat(SAR) bergegas ke lokasi iaitu di sebelah hilir sungai dengan menaiki bot Bomba dan turut disertai penduduk kampung sebaik dimaklumkan penemuan mangsa.
"Setelah disahkan penemuan, mangsa
dibawa mangsa ke Klinik Kesihatan Mulu untuk tindakan pemeriksaan kesihatan,"katanya di sini hari ini.
Katanya,dengan penemuan mangsa operasi SAR ditamatkan jam 9.20 malam ini.
Pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.03 tengah hari semalam.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah bergerak ke lokasi kejadian bersama pihak polis pagi tadi.
Lokasi kawasan tersebut berada jauh di pendalaman dan hanya boleh sampai menggunakan bot melalui sungai.
Anggaran jarak dari Marudi ke Sungai Tutoh adalah 150 kilometer dengan tempoh perjalanan dianggarkan 5 hingga 6 jam bergantung dengan keadaan cuaca dan arus sungai.
Perjalanan hanya boleh dilalui melalui jalan sungai dan udara ke lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ikuti berita kami di Channel Telegram Gago Daily