62 projek RTP Sibuti diteruskan
KUCHING, 11 Jun: 62 projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Parlimen Sibuti akan dilaksanakan tahun ini walaupun perlaksanaanya tergendala akibat Covid-19.
Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berkata ini selepas setiap kawasan Parlimen di negeri ini diperuntukan sebanyak RM5 juta oleh kerajaan Sarawak bagi perlaksanaan projek pembangunan itu termasuk Parlimen Sibuti.
"Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB) hampir kesemua projek RTP tergendala dan tidak dapat dilaksana. Maka adalah menjadi satu keperluan utama saya untuk melaksanakan projek (RTP) yang telah diluluskan bagi tahun 2020,"katanya dalan kenyataannya di media sosial hari ini.
Lukanisman berkata antara projek yang dalam proses memulakan kerja pelaksanaannya selepas PKPB ialah:
1. Pembinaan Rubberize Sport Track SMK Riam
2. Naik Tarah lantai Kelas SMK Taman Tunku
3. Bina Baru Dewan Terbuka Rumah Ngindan
4. Bina Baru Tempat Rehat Pelajar SMK Luar Bandar
5. Bina baru Grandstand SK Ulu Satap
6. Bina jalan dan staking perkuburan Skim Rancangan Sepupok
7. Naik Taraf Pelbagai Projek SMK Bekenu
8. Pemasangan Digital Board dalam kelas SMK Agama Miri
9. Naiktaraf pelbagai projek SM Sains Miri
10. Bina Baru laluan berbumbung dan tandas SK Rh Tinggi
11. Menembok kawasan Lapang Rumah Apin
12. Pendawaian semula rumah mokeng
13. Projek naik taraf struktur berbumbung Futsal Kpg Ranchah Ranchah
14. Naik Taraf tadika kemas
15. Projek Penurapan hadapan Jalan Rumah Banyang dan Isa Sg Kara
16. Naik Taraf Jalan Kebun Rumah Insin
17. Naik Taraf jalan kebun Kpg Pitasan Tiris
18. Naik taraf jalan kebun kpg kelulit
"Proses tender juga secara cabut undi dikalangan kontraktor yang berdaftar dengan pejabat residen," katanya.
Beliau berkata menjadi tanggungjawab wakil rakyat merancang dengan teliti dan menjelaskan kepada masyarakat mengenai projek yang akan dilaksana dan telah dilaksana terbabit.
"Sepanjang tempoh 22 bulan sebagai pembangkang diperingkat Persekutuan sehingga 28 Febuari 2020. Program RTP kerajaan Sarawak banyak membantu saya menyediakan pembangunan yang dipohon oleh rakyat,"katanya.
Beliau juga menjelaskan peruntukan RM5 juta dari kerajaan Sarawak itu juga bukan dalam bentuk geran atau tunai ke pusat khidmatnya tetapi merupakan suatu bentuk pembiayaan kerajaan yang dipantau rapi oleh agensi pelaksana projek seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabatan Saliran (DID) Miri Council dan Majlis Daerah Subis.