8,406 permohonan rentas daerah ditolak
KUCHING: Sebanyak 8,406 permohonan pergerakan antara Daerah di Sarawak ditolak setakat ini.
Timbalan Ketua Meteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggas Embas berkata, daripada jumlah tersebut 87,319 permohonan yang diterima oleh 28 Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak diluluskan.
Menurutnya, sebanyak 1,941 jumlah permohonan pergerakan antara Daerah telah diterima pada hari ini.
"Secara keseluruhan permohonan yang diterima PDRM ialah 95,725 permohonan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Uggah berkata, Pasukan Pemantauan PKPB dengan kekuatan 766 anggota yang telah membuat pemantauan di seluruh Sarawak iaitu PDRM (321), ATM (47), RELA (196), APM (89), PBT (93), KKM (2), KPDNHEP (7) dan lain-lain agensi (11).
Menurutnya, pasukan pematuhan telah memantau sebanyak 1,770 lokasi iaitu Pasaraya (239), Restoran (356), Kilang (17), Bank (149), Pejabat Kerajaan (89),
Penjaja (15), Pasar Tani / Awam (107), Tempat Ibadah (100), Tempat
Riadah (37), Tapak Pembinaan (16) dan lain-lain (645).
Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Sarawak sehingga hari ini
telah menerima 23,115 notifikasi perniagaan dan industri.