ATM jejaki balu veteran perang yang hidup daif

SRI AMAN: Angkatan Tentera Malaysia( ATM) menjejaki balu Veteran Perang, Mendiang Renjer Tinggi ak Chakom iaitu Linjong ak Edward di Rumah Karin, Tabut Skrang, di sini, yang hidup dalam keadaan daif dan sebatang kara. 

Dia hanya bergantung kepada Pencen Terbitan suaminya yang terkorban semasa menentang pengganas komunis bernilai RM 243.67 sebulan serta mengharap belas ehsan penduduk kampung.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak, Mejar Pahot ak Joll berkata,suaminya seorang Tentera Sarawak Ranjer telah terkorban pada 22 Nov 19708 ketika menentang komunis di Sarawak, meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia 11 tahun. 

"Tinggi bersama tiga anggota Sarawak Ranjer telah menjejaki komunis yang dilaporkan mandi di tepi Sungai Rejang oleh orang kampung.  

"Walau bagaimanapun, mereka telah diserang hendap dari arah kiri dan kanan bukit sehingga mengorbankan kesemua mereka,"katanya.

Linjong sebelum ini bergantung harap kepada anak beliau namun anaknya itu telah meninggal dunia pada usia 52 tahun dan cucunya pula telah balik mengikut ibunya meninggalkan balu hidup seorang diri dan sebatang kara.

Pahot menyerahkan bantuan barang makanan dan sumbangan dari Tabung Jasamu serta membuat dokumentasi Bantuan Sara Hidup bagi menambah pendapatan dan meringankan beban balu tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel