Cubaan seludup sayur dan buah dari Indonesia gagal
BAU: Bahagian Siasatan Jenayah(CID), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau mengagalkan cubaan menyeludup sayur-sayuran dan buah-buahan dari negara jiran Indonesia ke Sarawak dalam pemantauan Ops Benteng dalam sekatan jalan raya (SJR) di Suba Buan, di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Bau,Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata,dua lelaki, seorang warga tempatan dan warganegara Indonesia berusia 27 dan 34 tahun ditahan kerana membawa sayur-sayuran dan buah-buahan menggunakan lori melalui laluan tidak sah jam 12.30 tengah hari.
"Lori berkenaan membawa muatan sayur-sayuran dan buah- buahan dalam perjalanan dari arah Kampung Serasot menghala ke bandar Bau,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,pemandu dan kelindan serta lori yang diguna turut ditahan.
"Antara barangan yang dirampas ialah
12 guni halia,15 guni kacang buncis,18 guni buah naga,lapan guni ubi keledek dan enam guni ubi keladi.
"Warganegara Indonesia ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana dokumen perjalanan tamat tempoh yang boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun,"katanya.
Beliau berkata,kedua-dua mereka juga melakukan kesalahan Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020(Langkah-Langkah dan Di Dalam Tempat Jangkitan)(No.7)
2020.