Empat lelaki diberkas angkara dadah


KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan membuat serbuan di sebuah bilik tidak bernombor, Batu 12, Jalan Kuching/Serian, di sini,malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,dalam serbuan jam 8 malam itu
pihaknya berjaya menangkap empat lelaki tempatan berusia 31 hingga 42 tahun disyaki terlibat di dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu. 

"Kesemua suspek mengaku mula terlibat dengan aktiviti dadah pada tahun 2016 dan 2017. 

"Kali terakhir semua suspek menghisap dadah ialah pada hari ditangkap,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan serbuan telah merampas dua peket plastik kecil berwarna biru kedua-duanya berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat Kasar 0.64 gram.

"Hasil ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine/ Methamphetamine. 

"Semua suspek ditahan dalam lokap Balai Polis Siburan untuk siasatan lanjut,"ujarnya.

Beliau berkata, jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum denda maksimum  RM 100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan  Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel