Denda RM2,000 menunggang ketika mabuk


KUCHING: Padah menunggang dalam keadaan mabuk. Seorang lelaki berusia 23 tahun dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Suspek  ditahan hasil pemeriksaan Ops Mabuk yang dijalankan pihak polis di Jalan Tabuan sekitar jam 2.09 pagi pada 29 September 2019.

Suspek  mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret, Zaiton Anuar dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau satu bulan penjara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, semasa pemeriksaan suspek menjalani ujian hembusan nafas menggunakan alat SD-2+ dijalankan ke atas tertuduh telah menunjukkan keputusan positif. 

Katanya, suspek seterusnya dibawa ke IPD Kuching menjalani ujian hembusan nafas menggunakan alat Lion Alcolmeter EBA-II.

Keputusan ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan suspek sebanyak 174 mg/ 100 ml dalam darah iaitu melebihi daripada had yang dibenarkan.
LihatTutupKomentar
Cancel