JPNS, Sarawak Volunteers bantu guru balik bertugas di Sarawak


KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bekerjasama dengan Sarwaak Volunteers membantu guru yang berada di luar Sarawak untuk kembali bertugas ke Sarawak.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus berkata, sehubungan itu satu platform bagi guru dari luar Sarawak yang hendak balik bertugas ke Sarawak disediakan dengan kerjasama Sarawak Volenteers.

Menurutnya, guru yang memerlukan bantuan perlu memberi maklumat masing-masing bagi tujuan khususnya untuk tempahan penerbangan balik ke Sarawak.

"Persetujuan telah dicapai di antara JPNS dengan pihak Sarawak Volunteers untuk menyediakan satu platform bagi guru-guru dari luar negeri Sarawak yang hendak balik bertugas ke Sarawak.

"Ia dengan menyediakan link atau pautan https://bit.ly/3cwgQ2F bagi guru-guru yang memerlukan bantuan balik ke Sarawak memberi maklumat masing-masing bagi tujuan khususnya untuk tempahan penerbangan balik ke Sarawak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerjasmaa daripada semua PPD/Pengetua/Guru Besar untuk menyampaikan makluman ini kepada guru-guru masing-masing yang berada di luar negeri Sarawak yang berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan tiket penerbangan balik ke negeri Sarawak serta masalah kekurangan penerbangan ke semua destinasi di Sarawak. 

Katanya, pihaknya telah berusaha mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama-sama dengan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) YB Dato Sri Michael Manyin ak Jawong, untuk membantu guru-guru yang berada di luar Sarawak untuk balik ke Sarawak.

Katanya, JPNS juga telah dinasihat untuk berhubung dengan Sarawak Volunteers yang sebelum ini telah berjaya membantu hampir 10,000 graduan IPT balik ke Sarawak dan juga ke Semenanjung Malaysia.
LihatTutupKomentar
Cancel