Dr Michael Teo jadi Naib Presiden PKR?
KUCHING: Mempersiapkan parti dengan pilihan raya negeri yang semakin dekat dan boleh diadakan pada bila–bila masa dari sekarang Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat(PKR) Sarawak melantik aktivis peguam, Harrison Ngau Laing sebagai Ketua Penyelaras Urusetia Pilihanraya PKR Sarawak.
Harrison merupakan ahli PKR yang
sangat komited dengan perjuangan dan telahpun terbukti berjuang bersama
rakyat dan merupakan penerima Goldman Prize pada tahun 1990 atas jasa bakti perjuangan beliau membela hak rakyat Sarawak tertindas akibat aktiviti pembalakan di Sarawak.
Dia terpilih sebagai penerima anugerah tersebut yang dipilih dari kalangan
calon – calon dari seluruh dunia atas perjuangannya tersebut.
Ketua Penerangan dan Komunikasi
PKR Sarawak, Abun Sui Anyit berkata,
selain daripada itu jawatan – jawatan lain yang dilantik adalah seperti Setiausaha Pengelola PKR Sarawak dipegang oleh Piee Ling yang juga Ketua Cabang
Batang Sadong, Biro Kebajikan dipegang oleh Japar Suyut yang juga salah seorang
Naib Pengerusi MPN Sarawak.
"Roland Engan yang juga Naib Pengerusi MPN Sarawak dilantik sebagai Ketua Biro Reformasi Institusi dan Urus Tadbir.
"Pada mesyuarat hari ini juga MPN melantik beberapa lagi Penyelaras untuk menyelaras dan bekerjasama dengan cabang – cabang yang berkenaan
seperti Edwin Limban, Mas Gading,
Datuk Ir. Dr. Nor Irwan Ahmad Nor, Petrajaya, Jame Stephen ak Randi, Bintulu, Suaidi Morshidi, Kota Samarahan dan Elison Ludan, Kanowit,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,bagi kekosongan jawatan Naib Presiden yang ditinggalkan oleh Jugah Muyang, MPN telah memutuskan untuk mencadangkan satu nama untuk dipertimbangkan oleh Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan diumumkan apabila tiba masanya.
"Untuk memberi maklumat tepat dan berinteraksi dengan rakyat dalam keadaan dan situasi PKPP yang sekali lagi dilanjut sehingga 31Ogos ini PKR Sarawak akan
bersiaran secara langsung di dalam facebook mulai 14 June ini dengan isu – isu yang dekat dengan rakyat Sarawak yang sentiasa diperjuangkan oleh PKR.
"Individu – individu tertentu yang mahir di dalam bidang masing – masing akan dijemput untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan kepada rakyat melalui siaran ini,"katanya.