Kekalkan penjarakan sosial, amalan kebersihan
KUCHING:
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyarankan kepada orang ramai agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan amalan kebersihan yang tinggi
untuk memastikan kes-kes jangkitan terus berkurangan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN berkata, penurunan kes-kes yang telah dilaporkan sebelum ini merupakan satu petanda positif hasil pelaksanaan PKP dan PKPB yang turut dibantu dengan amalan penjagaan kebersihan kendiri yang tinggi.
"Dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat, amalan ini
sewajarnya dipraktikkan sebagai budaya yang baru harus diterapkan kepada
semua peringkat umur," katanya.
Uggah berkata, sebanyak 5,391 jumlah permohonan pergerakan antara
Daerah telah diterima oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh
Sarawak pada hari ini.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 127,138 permohonan.
"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 117,294 telah diluluskan,
dan 9,844 ditolak. Pasukan pematuhan telah memantau sebanyak 1,847 lokasi iaitu Pasaraya (218), Restoran (330), Kilang (31), Bank (165), Pejabat Kerajaan (96), Penjaja (15), Pasar Tani / Awam (114), Tempat Ibadah (109), Tempat
Riadah (43), Tapak Pembinaan (29) dan lain-lain (697)," katanya.