Krisis antara Anwar - Mahathir jejaskan PH Plus






Umpama menikam dari belakang. Mungkin ia, dianggap perang saraf antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad sudah bermula.

Malah, pertemuan Dr Mahathir dengan pemimpin tertinggi dari Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah hari ini, juga tanpa Anwar Ibrahim dan  ahli PKR.

Pertemuan PH Plus melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,  presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan presiden Warisan Shafie Apdal,

Dikatakan gabungan PH Plus kurang selesa, kerana masih ada perselisihan mengenai calon perdana menteri, antara kem Dr Mahathir dan Anwar yang dikatakan masih berselisih faham mengenai krisis politik Februari lalu.

Malah, pendedahan Anwar mendakwa Sultan menghubungi meminta dia meneruskan usaha mengambil alih kerajaan dengan syarat kerajaan baharu itu wajib tanpa Tun Mahathir.

Pendedahan bekas Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai CheGuBard mengenai Anwar cukup menggambarkan hubungan kedua-dua pemimpin tersebut jelas tidak berapa baik.

Selain antara bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang sangat akrab, malahan suami kepada anak saudara Anwar Ibrahim, tulisan Chegubard menyebut Presiden PKR itu mendakwa beberapa Raja-Raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan dari CheGuBard tersebut terbongkar selepas pertemuannya dengan Anwar Ibrahim bersama dua saksi.

Dalam pertemuan lebih kurang sejam, CheGuBard menjelaskan, beberapa kali Anwar gagal menjawab persoalan yang muncul dan dia banyak kali cakap berbelit sehingga sangat jelas menipu.

Katanya, fakta dia (Anwar) bercakap kali pertama dengan kemudian 15 minit kemudian percakapan perkara sama dengan fakta berbeza.

"Dia juga menyebut beberapa raja - raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan," katanya dalam Facebook.

Beliau berkata, Anwar juga mendakwa sudah ada 112 tetapi tidak akan move sehingga ada 120.

"Depan dia Anuar Mohd Nor salah, seorang sahabat yang mengiringi saya nyatakan nombor 120 itu sangat sukar sebab Dr. Mahathir sendiri ada 5. Anwar sebut Mahathir tua tak mampu kawal game.

"Malah katanya "Pak Wan", Maszlee dan Sharuddin sudah menghubungi dia dan nyatakan tak sokong Mahathir tetapi sokong Anwar. Malah Anwar menyebut beberapa pegawai kanan kerajaan yang sering bertemu dia antaranya "Mad Azam Baki" (saya kira dia merujuk Ketua Pesuruhjaya SPRM)

"Banyak perkara Anwar cuba jelaskan ke arah memujuk dalam pertemuan itu. Dia juga cakap supaya abaikan saja Rosli adik dia yang bodoh soal politik. Dia juga tak semena mena cuba menerangkan pasal rakaman percakapan dan "affair" dia dengan isteri Hamzah," katanya.

CheGuBard berkata, dia berpuas hati sekurang kurangnya 3/4 dari yang terbuku dapat diluahkan depan muka Anwar Ibrahim.

"Anwar sendiri hantar  kami ke muka pintu banglo mewahnya di bukit gasing dengan jelas muka kecewa. Bisikan terakhir dia kepada saya "please from here we move on together" saya balas dengan saya hanya nak luah apa saya rasa.

"Saya sangat tahu ego Anwar sangat terkesan apabila salah seorang yang saya bawa maki "anak haram betui" dengan menujukan pada Izzah Anwar bila bercerita perangai buruk sikap dengki dan jahat anaknya dalam politik," katanya.

Menceritakan detik perrtemuan dengan Anwar, CheGuBard menjelaskan," Anwar dalam pertengahan Ramadhan telah hantar kepada whatsapp saya, kenyataan Adun Sungai Acheh yang kesal dengan cara Anwar dan parti keadilan dalam beberapa perkara.

"Khususnya cara anwar kendali parti dan cara anwar meletakkan kepentingan dalam memberikan tumpuan.

"Saya tidak menjawab kerana saya sendiri bosan dengan sikap anwar yang penting diri dan hanya pandai perkuda orang.

"Namun pada hari raya Anwar hantar beberapa masej  berbalas mesej sehingga terhasil pertemuan semalam.

"Saya pun nak bertemu kerana saya anggap inilah peluang saya meluahkan semua yang terbuku dan saya sedia jika ianya yang terakhir untuk Anwar hendak bertemu pun.

"Saya bawa 4 orang teman sebagai saksi. Dua orang teman menunggu di luar bilik pertemuan dan dua lagi saya bawa duduk bertemu sama sebagai saksi," katanya.

LihatTutupKomentar